Team Kuasa100

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Kali ni aku nak share tentang mereka yang baru je menempuh alam baru. Alam rumahtangga yang aku pasti ramai pasangan masa ini lebih suka merancang untuk menimang cahayamata.

Mengapa mesti merancang untuk menimang cahaya mata? Berikut adalah alasan klise yang aku dengar:

- nak hidup berdua dulu

- komitmen dengan kerja

- terlalu muda untuk mendapat anak

- masalah kewangan yang tak kurang stabil

Berdasarkan pemerhatian aku….

Sejak dulu lagi, aku tengok ramai orang yang baru keluar dari Universiti, diorg buat keputusan nak rehat dulu dalam 2 -3 bulan di rumah sebelum keluar mencari kerja. Tapi apa yang terjadi? Diorang ‘terpaksa’ berehat hamper 1 - 2 tahun sebelum dapat sebarang tawaran kerja. Menyedihkan, tak?

Macam tu la jugak dengan pasangan-pasangan yang baru berkahwin.. Sebilangan daripada pasangan tu, ada yang amik keputusan untuk tidak mahu menimang cahaya mata pada tahun pertama atau kedua perkahwinan diorang. Biasanya kan.... agak sukar untuk menimang cahaya mata selepas itu, walaupun selepas 5-6 tahun mereka berkahwin dan bersedia untuk menimang cahaya mata. Mungkinkah ini suratan? Atau kebetulan?


Dalam Islam, anak itu adalah suatu kurniaan yang amat besar dari Allah kepada hambanya. Anak-anak itulah yang akan menjadi penyeri dan kebahagian sesebuah rumahtangga. Tanpa anak, rumahtangga anda akan terasa sunyi dan kadangkala sedikit membosankan. Seperti yang kita ketahui, setiap makhluk Allah itu sudah tersiap sedia rezeki untuknya. Jadi, sepatutnya tidak timbul persoalan kedudukan kewangan tidak stabil untuk anda memiliki anak.. bahkan, Allah sudah berjanji, rezeki anda akan melimpah-ruah apabila anda sudah memiliki anak kelak..

Oleh itu, aku nak pesan.. diawal-awal perkahwinan ini, usahlah merancang-rancang untuk tidak mahukan anak. Terimalah rezeki yang ALlah kurniakan seadanya. Insyallah kehidupan rumahtangga anda akan lebih ceria dan bahagia.

0 comments:

Post a Comment

Pages

Subscribe this

Enter your email address:

Tawaran Eksklusif

Hyprobulksms

Iklan

Followers

Promosi

Hyprobulksms

Team Kuasa100

Blog-GempaQ

My site is worth$2,459.6

BlogMalaysia.com